MODUL EJEN HARTANAH

On Your Mark, Get Set, Go

Muka Surat 3: Visi, Misi & Nilai Saudagar Hartanah

Visi

Menjadi sebuah pasukan yang sentiasa berada pada standard yang tinggi dan memastikan penambahbaikan secara berterusan dalam perniagaan.

Misi

Memberikan perkhidmatan yang terbaik sebagai komitmen untuk membina rangkaian REN yang amanah, jujur, bijak dan dinamik serta berdaya saing.

Nilai Saudagar Hartanah

Muka Surat 4: The BIG WHY

BIG WHY adalah perkataan yang sering kita dengar dan ianya adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan. Ini kerana BIG WHY adalah pemangkin kepada segala usaha dan tindakan kita untuk mencapai matlamat hidup. Semakin besar BIG WHY, semakin kuat jati diri kita untuk bertindak sehingga tiada siapa yang boleh menghalang keinginan kita yang besar dan luar biasa.

BIG WHY mestilah JELAS, mengapa kita mahu berjaya dalam setiap perkara yang dilakukan. Ramai Real Estate Negotiator yang tidak tahu mengapa mereka memilih kerjaya Real Estate Negotiator. Tanpa BIG WHY menyebabkan mereka menarik handbreak dan terus mengalah kerana mereka tidak tahu mengapa harus berjaya sebagai Real Estate Negotiator.

THE BIG WHY: BIG WHY adalah booster untuk mencapai MISI. Apakah BIG WHY anda?

Rajah Graf Hala Tuju: Siapa Kita Sekarang → Matlamat Kita → Tanggungjawab Kita → Objektif Kita → Real Estate Negotiator Yang Kaya Dan Berjaya.

Muka Surat 5: Apa Keutamaan Anda? (9 Keutamaan Dalam Kehidupan)

Dalam kehidupan, kita mempunyai 1001 keutamaan. Kita juga mempunyai alasan yang sangat kukuh dalam menentukan keutamaan dalam hidup kita. Melalui analisa yang saya buat di kalangan Team Saudagar Hartanah sendiri, terdapat 9 keutamaan dalam kehidupan:

  1. Extra Income: Dalam keadaan ekonomi semasa dan kenaikan harga barang. Ramai yang memilih kerjaya Real Estate Negotiator dan pelbagai peluang perniagaan untuk menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan harian, mingguan dan bulanan. Ianya berkait rapat dengan formula: MASA + TENAGA = PENDAPATAN. Apabila mempunyai pendapatan yang cukup untuk menampung kos sara hidup. Jiwa akan menjadi lebih tenang.
  2. Time Freedom: Selepas 16 tahun bekerja makan gaji. Saya merasakan duit yang banyak bukan satu indikator utama untuk merasa seronok. Saya terikat dengan masa yang ditetapkan oleh majikan kerana mereka membayar gaji saya setiap bulan. Jadi ini faktor untuk saya mencari Time Freedom, namun saya masih memerlukan Income yang stabil untuk menampung perbelanjaan saya dan keluarga.
  3. Travel Leisure: Melancong dan bergembira bersama keluarga adalah aktiviti yang diidamkan oleh semua manusia. Kita dapat beriadah dan menikmati keindahan ciptaan Allah. Percutian yang terbaik memerlukan bajet dan kemampuan kewangan. Kita boleh membawa keluarga bercuti di dalam negara, luar negara dan yang paling istimewa dapat membawa keluarga mengerjakan umrah dah haji.
  4. Family & Health: Keluarga dan kesihatan adalah dua perkara yang paling mahal dalam kehidupan. Ianya tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Keluarga juga sering menjadi faktor utama untuk kita mencapai kejayaan. Kita sanggup memerah keringat untuk memastikan keluarga kita berada dalam keadaan yang selesa dan gembira. Kesihatan yang baik juga memberikan kita kekuatan untuk kita bekerja keras dan dapat menikmati keseronokan bersama insan-insan tersayang dalam kehidupan kita.
  5. Meeting New People: Setiap hari kita akan berjumpa dengan kawan-kawan baru. Ini peluang kita untuk membina rangkaian atau kata lain membina “networking”. Ini sangat penting kerana ianya akan membuka banyak peluang kepada kita untuk menerokai peluang-peluang yang lebih besar untuk memperbaiki kehidupan kita.
  6. Lifestyle: Setiap manusia mengidamkan kehidupan yang selesa seperti mempunyai keluarga yang bahagia, rumah yang besar, kereta idaman untuk keselesaan. Ini adalah kehendak yang diimpikan dan kita hanya boleh menikmatinya, jika kita mempunyai kewangan yang kuat.
  7. Debt free / Financial Freedom: Ramai yang sering terbeban dengan hutang, kadang kala perbelanjaan melebihi pendapatan yang diperolehi. Kesannya mereka terasa tertekan dan tidak dapat meningkatkan keseronokan dalam kehidupan. Ramai mendambakan mempunyai pendapatan yang besar dan tidak mempunyai hutang dalam kehidupan.
  8. Kid's Education / Personal Development: Keperluan pendidikan anak-anak sangat penting, agar anak-anak kita mendapat pendidikan yang sempurna dan dapat menikmati kegembiraan dalam menuntut ilmu. Ibu bapa sanggup berhabis ribuan ringgit setiap bulan bagi memastikan keperluan anak-anak khususnya memberikan pendidikan yang terbaik. Ini kerana pendidikan adalah keperluan yang sangat penting serta persaingan yang sangat tinggi untuk memasuki asrama atau universiti yang bertaraf tinggi dan berkualiti.
  9. Retirement / Leaving a Legacy: Sering kali kita dengan impian untuk retire young, retire rich. Realitinya ramai yang retire poor, retire old. Ini bukan sahaja kerana konsep pengurusan kewangan yang tidak betul. Namun ianya berkait rapat dengan pendapatan dan keperluan perbelanjaan kewangan.

Muka Surat 6: Matlamat Anda (Borang Penilaian Kendiri)

Matlamat Peribadi

Matlamat Kewangan

Muka Surat 7: Kenapa Industri Hartanah?

Muka Surat 8: Apa Itu SAUDAGAR?

Muka Surat 9: 9 Kelebihan Sebagai Real Estate Negotiator

  1. Real Estate Negotiator Seorang Yang Pakar Dan Mahir Dalam Kawasannya: Istilah yang sesuai adalah "penghulu" di kawasan mereka. Real Estate Negotiator dapat menasihati Tuan Rumah mengenai nilai pasaran serta kelebihan dan kekurangan lokasi rumah yang ingin dijual. Tuan Rumah kebanyakannya tidak mengetahui nilai pasaran semasa dan mungkin menetapkan harga rumah berpandukan hutang yang mereka miliki atau membuat perbandingan dengan transaksi yang belum berlaku lagi. Kadang-kala, pembeli juga tidak tahu kelayakan pinjaman mereka dan kurang mahir tentang proses jual beli hartanah. Oleh itu, Real Estate Negotiator memainkan peranan yang penting dalam hal ini.
  2. Real Estate Negotiator Seorang Neutral Dan Bertindak Sebagai Orang Tengah: Real Estate Negotiator bertanggungjawab memberikan maklumat yang lengkap dan tepat tentang hartanah. Duit Earnest Deposit juga diwajibkan untuk diletakkan atas nama agensi yang bertindak sebagai stakeholder sehingga urusan pinjaman pembeli selesai dan Perjanjian Jual Beli disetemkan.
  3. Real Estate Negotiator Mempunyai Pengetahuan Yang Lengkap: Real Estate Negotiator yang terlatih adalah arif dalam undang-undang dan proses jual beli hartanah, jenis dokumen yang diperlukan oleh pihak bank dari pembeli, dan dokumen yang diperlukan dari penjual. Tanpa pengetahuan yang lengkap, ia akan melewatkan proses jual beli hartanah tersebut dan mungkin transaksi akan terbatal.
  4. Real Estate Negotiator Mempunyai Hubungan Baik Dengan Pihak Pegawai Bank: Pembeli gagal mendapat pinjaman bukan kerana mereka tidak layak, sebaliknya mereka tidak dapat menyediakan financial profile yang lengkap. Hubungan dengan pihak bank amat penting kerana sesetengah bank tidak menawarkan pinjaman hartanah bawah RM100,000.
  5. Real Estate Negotiator Mempunyai Hubungan Baik Dengan Pihak Peguam: Ini kerana Peguam Hartanah akan memberikan informasi yang lengkap mengenai proses jual beli kepada Real Estate Negotiator. Peguam akan menyediakan perjanjian jual beli serta menguruskan proses jual beli sehingga selesai.
  6. Real Estate Negotiator Mempunyai Kemahiran berkomunikasi Yang Baik: Kemahiran komunikasi amatlah penting untuk mencari titik persetujuan antara penjual dan pembeli dalam rundingan. Tanpa komunikasi yang baik, amat sukar untuk mencapai titik persetujuan antara pembeli dan tuan rumah.
  7. Real Estate Negotiator Adalah Seorang Pelabur Yang Bijak: Real Estate Negotiator adalah antara yang terawal mendapat first hand information mengenai hartanah yang sesuai untuk pelaburan. Maka, aliran tunai positif dan keuntungan yang maksima akan dapat diperolehi dengan mudah.
  8. Real Estate Negotiator Mempunyai Jaringan Hartanah Yang Luas: Real Estate Negotiator selalunya berkongsi listing sesama sendiri. Jadi, kemungkinan hartanah dijual dengan lebih pantas adalah besar. Real Estate Negotiator mempunyai rangkaian pembeli yang sedia ada, rangkaian peguam, dan sesama REN bagi melancarkan proses penjualan dengan pantas.
  9. Real Estate Negotiator Seorang Yang Boleh Dipercayai: Bermula Mei 2014, Real Estate Negotiator wajib berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (LPPEH) dimana mereka dibekalkan dengan nombor ID berserta REN tag yang sah. Berdasarkan Pekeliling LPPEH Bil. 3/2015, Real Estate Negotiator berdaftar mesti bernaung dibawah Ejen Hartanah Berdaftar dan wajib menghadiri seminar yang dianjurkan oleh institusi yang telah berdaftar dan mendapat kelulusan LPPEH. Institusi-institusi tersebut boleh dirujuk melalui rangkaian berikut: http://www.lppeh.gov.my/circulars.html.

Muka Surat 10: Apa Itu Hartanah?

Definisi Asas

Hartanah merujuk kepada tanah fizikal dan peningkatan atau struktur yang dibina di atas tanah seperti pembinaan.

Definisi Tanah Mengikut Kanun Tanah Negara 1965

Undang-undang pentadbiran tanah di Malaysia terdiri daripada 3 undang-undang tanah iaitu Kanun Tanah Negara 1965 (Semakan 2018) yang digunakan di Negeri-negeri Tanah Melayu dan Wilayah Persekutuan Labuan, Kanun Tanah Sarawak 1958 dan Ordinan Tanah Sabah 1930. Namun begitu, Kanun Tanah Negara 1965 (Semakan 2018) yang juga dikenali sebagai Akta 828 merupakan suatu akta parlimen dan diperbuat menurut peruntukan di dalam Artikel 76 Perlembagaan Persekutuan. Menurut seksyen 5 KTN, definisi tanah adalah sebagaimana berikut.

Tanah termasuklah:

Penggunaan perkataan 'termasuk' menggambarkan bahawa definisi ini bukan sesuatu yang eksklusif. Isu yang selalu timbul dalam memberi definisi tanah ialah mengenai sama ada ia sesuatu yang boleh alih (movable) atau yang tak boleh alih (immovable). Jika ia adalah immovable, maka ia menjadi sebahagian daripada tanah tersebut, namun begitu jika ia adalah movable, ia tidak akan menjadi sebahagian daripada tanah.

Isu Ini Penting Untuk Diketahui:

Muka Surat 11: Terma Asas Yang Wajib Diketahui

Muka Surat 12: 3 Jenis Utama Hartanah

  1. 01. Residential (Kediaman): Terrace / Linked-House, Apartment, Condominium, Flats, Shop Apartment, Semi-Detached, Bungalows, Town-House, Duplex, Penthouse, Studio.
  2. 02. Commercial (Komersial): Shops, Office, Service Suite, Retail Lot, Service Apartments.
  3. 03. Industrial (Perindustrian): Factories, Warehouse.
Nota Penting Mengenai Tanah (Land): Tanah bukan kategori hartanah yang berdiri sendiri. Pengelasan tanah ditentukan oleh zoning dan syarat nyata dalam geran, dan seterusnya diklasifikasikan sebagai Kediaman, Komersil atau Perindustrian mengikut kegunaan yang dibenarkan.

Muka Surat 13: Skop Kerja Real Estate Negotiator (Carta Alir 1-9)

  1. 1. DAPATKAN LISTING HARTANAH: Listing rumah untuk dijual/disewa adalah ibarat 'stok' kepada Real Estate Negotiator. Tiada listing, maka tiadalah aktiviti seterusnya.
  2. 2. ANALISA LISTING HARTANAH: Buat perbandingan harga jualan/sewaan berbanding market value.
  3. 3. INSPECTION LISTING HARTANAH: Tandatangan Appointment Letter dengan pemilik. Periksa hartanah dan dokumen-dokumen berkaitan. Pastikan pemilik adalah pemilik yang sah.
  4. 4. PEMASARAN: Pasarkan listing hartanah itu di medium pemasaran yang sesuai - iProperty, Mudah.my, PropertyGuru, Facebook, Group Whatsapp, etc.
  5. 5. VIEWING BERSAMA BAKAL PEMBELI: Atur masa yang sesuai dengan pemilik/tenant untuk melihat hartanah.
  6. 6. DAPATKAN EARNEST DEPOSIT: Jika prospek bersetuju untuk membeli hartanah tersebut, anda perlu meminta prospek untuk menandatangani Letter of Offer To Purchase (OTP) / Memorandum Of Sales (MOS) dan sediakan cek untuk bayaran earnest deposit atas nama agensi.
  7. 7. PERMOHONAN PINJAMAN: Minta pembeli untuk sediakan dokumen untuk permohonan pinjaman dan berjumpa pegawai bank.
  8. 8. PENYEDIAAN SALES & PURCHASE AGREEMENT (SPA): Dapatkan dokumen yang berkaitan dari pembeli dan serahkan kepada peguam. Buat susulan dengan peguam tentang penyediaan Sales & Purchase Agreement (SPA).
  9. 9. DAPATKAN KOMISYEN DARI AGENSI: Setelah Sales & Purchase Agreement (SPA) ditandatangani dan disetemkan, anda sudah boleh dapatkan komisyen dari agensi.

Muka Surat 14: Skop Kerja REN (Langkah 1: Dapatkan Listing Hartanah)

Sumber Listing Hartanah

12 Perkara Perlu Dapatkan Dari Pemilik

  1. Dapatkan hartanah yang ingin dijual atau disewakan oleh pemilik yang sah.
  2. Dapatkan alamat penuh hartanah.
  3. Dapatkan maklumat pemilik: Nama, Nombor Telefon, Email.
  4. Dapatkan harga jualan / sewaan rumah (asking price) yang diinginkan oleh pemilik.
  5. Tentukan jenis hartanah: Apartment, 1 or 2 Storey Terrace, Townhouse, Bungalow, Land, Commercial, Atau lain-lain.
  6. Dapatkan luas hartanah: Build up (luas binaan), Land size (luas tanah).
  7. Dapatkan jumlah bilik dan bilik air.
  8. Tentukan jika pemilik jual/sewa sekali dengan perabot atau tidak: Non-Furnished, Partially Furnished, Fully Furnished.
  9. Tentukan jika ada renovasi atau tidak? Berapakah anggaran kos renovasi tersebut? Info ini akan digunakan untuk mendapatkan market value (Kitchen Cabinet, Plaster Ceiling, Extend belakang, Extend depan, Wardrobe).
  10. Tentukan status hartanah: Freehold / Leasehold, Bumi / Non-Bumi, Master / Strata / Individual Title.
  11. Dapatkan maklumat kemudahan di sekitar hartanah: Sekolah / Surau / Masjid, Shopping Mall / Mini Market, Dan lain-lain.
  12. Dapatkan Indicative Value Hartanah daripada: Brickz.my, Banker / Valuer, Analisis pasaran (contoh: ChatGPT) sebagai panduan awal.

Cold Calling

Cold calling adalah aktiviti biasa yang perlu dilakukan oleh seorang Real Estate Negotiator apabila dia mula-mula menceburkan diri dalam industri ini. Oleh itu, anda haruslah berani untuk bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Jika anda tidak yakin untuk bercakap dengan pemilik hartanah yang anda tidak kenal, maka agak susah untuk anda mendapatkan banyak listing hartanah. Kerjaya anda mungkin akan terhenti begitu sahaja kerana anda tiada 'stok' hartanah untuk dijual/disewakan.

Muka Surat 15: Skop Kerja REN (Langkah 2: Analisa Listing Hartanah)

  1. Buat perbandingan harga jualan / sewaan yang ditawarkan oleh pemilik (asking price) dengan harga yang ditawarkan oleh pemilik lain untuk hartanah yang serupa di portal: iProperty, Propertyguru, Mudah.my, atau platform lain.
  2. Dapatkan market value dari: Brickz.my, Banker / Valuer.
  3. Dapatkan maklumat berikut untuk market value paling tepat: Alamat penuh, Build up / Land Area, Ciri Hartanah (Landed / Apartment / Intermediate / Corner / Facing), Anggaran kos renovasi, Bilangan bilik & bilik air, Tingkat berapa, Harga jualan.
  4. Berikan maklumat ini kepada rakan banker anda untuk mendapatkan indicative market value.
Tips Menguruskan Listing: Sediakan template listing dalam buku nota atau Excel. Download template: www.saudagarhartanah.com/download/templatelisting.pdf. Tonton rakaman video khas pengurusan listing di www.saudagarhartanah.com.

Muka Surat 16: Skop Kerja REN (Langkah 3: Inspection Listing Hartanah)

  1. Tandatangan Letter of Appointment dengan pemilik: Tentukan lantikan Exclusive / Ad Hoc; persetujui kadar komisen; fahamkan pemilik; tetapkan masa viewing.
  2. Tandatangan Borang Penerimaan Kunci Rumah jika pemilik berikan kunci.
  3. Dapatkan dokumen penting: IC pemilik, SPA asal, Geran (Title), Penyata Pinjaman Bank.
  4. Dapatkan maklumat: Sebab jual, nama bank pembiaya, baki pinjaman, bil cukai pintu dan penyenggaraan.
  5. Bandingkan IC dan SPA/Title - Pastikan pemilik sah.
  6. Lakukan Land Search (Pilihan) - semak kaveat.
  7. Senaraikan inventori kelengkapan: Kipas, Aircond, Lampu, Kitchen Cabinet, Almari, Tirai, Sofa, Meja, dll.
  8. Ambil gambar/video: Pastikan bateri telefon cukup; ambil bahagian hadapan, nombor rumah, peti surat, setiap bilik, dapur, tandas, pemandangan luar; pastikan toilet seat ditutup, lampu dibuka, dan sudut landskap diambil.
  9. Periksa kerosakan (Defect): Siling, tandas, jubin, dinding, pintu, wiring, aircond - tulis jelas siapa yang akan menanggung kos pembaikan.
Nota Penting: Exclusive Appointment bukan jaminan pasti terjual, namun memudahkan urusan hanya melalui seorang REN serta memastikan transaksi berjalan lancar.

Muka Surat 17: Jenis-Jenis Listing

Kelebihan Lantikan Secara Eksklusif

Muka Surat 18: Skop Kerja REN (Langkah 4: Pemasaran Listing Hartanah)

  1. Daftar di portal hartanah: Mudah.my, Propnet, iProperty, Propwall, PropertyGuru, DurianProperty, Lowyat, CariGold, dll.
  2. Sosial Media (FB / IG / TikTok / Threads): Fokus penjenamaan diri, kongsi aktiviti harian, sertai group FB komuniti setempat (cth: SARBAN, Warga Puchong, Rumah Below Market Value).
  3. Blog/website sendiri untuk membina kredibiliti ilmu.
  4. Flyers mengikut format rasmi LPPEH.
  5. Banner FOR SALE / TO LET (dengan kebenaran pemilik). (Rujukan Banner: En Ahmad E 3083, Tel: 03-5524 5057).
  6. Aktiviti kemasyarakatan: Bersama pihak JMB, program surau/masjid.
  7. Membina jaringan (networking): Kakitangan JMB, Pengawal Keselamatan, Kontraktor.
  8. TikTok & Video Pemasaran: Video walkthrough, edukasi hartanah, aktiviti harian REN, cross-post ke IG Reels & FB.
  9. Follow-up & Database: Rekod pertanyaan dari portal & media sosial; susun database Buyer, Seller, Prospect secara konsisten guna Google Sheet/CRM/WhatsApp.

Muka Surat 19: Skop Kerja REN (Langkah 5: Viewing Bersama Bakal Pembeli)

  1. Semak kelayakan awal: DBR/DSR (rujuk m/s 28); rekod CCRIS/CTOS (di Bank Negara, eccris.bnm.gov.my, atau mycreditinfo.com.my); serta semakan tunggakan PTPTN.
  2. Tetapkan masa viewing yang sesuai untuk pemilik/penyewa dan pembeli.
  3. Pakaian kemas & profesional: Dilarang pakai baju kemeja-T tanpa kolar dan dilarang pakai selipar.
  4. Peralatan wajib: Tag REN, Kad Bisnes, Appointment Letter, Borang OTP/MOS, Borang Viewing.
  5. Hubungi kedua-dua pihak sekurang-kurangnya 1 jam sebelum sesi viewing.
  6. Tiba 30 minit lebih awal untuk memastikan rumah kemas.
  7. Terangkan kepada pemilik bahawa anda akan mengendalikan penerangan sepenuhnya.
  8. Hadkan masa viewing antara 15-30 minit sahaja.
  9. Semasa viewing terangkan: Kelebihan fasiliti, pembangunan kawasan masa depan, proses pembelian, dan anggaran modal deposit.
Video Penerangan: Login ke www.saudagarhartanah.com/gobonus.

Muka Surat 20: Skop Kerja REN (Langkah 6: Dapatkan Earnest Deposit)

  1. Jika pembeli setuju: Tandatangan OTP / MOS; bayar Earnest Deposit 3.24%; baki deposit 6.76% dibayar semasa menandatangani SPA.
  2. Pastikan anda faham kandungan terma OTP/MOS.
  3. Pastikan pembeli faham dan initial pada setiap perenggan.
  4. Wajib tulis ayat ini dalam OTP/MOS: "Jika pinjaman tidak diluluskan, deposit akan dikembalikan dengan syarat perlu sediakan Rejection Letter dari bank."
  5. Tekankan syarat: Jika pembeli batal transaksi, deposit hangus dibahagikan 50% Pemilik / 50% Agensi.
  6. Bayaran cek MESTI atas nama agensi, bukan nama peribadi pemilik atau ejen.
  7. Bagi pindahan wang, sediakan akaun rasmi agensi.
  8. Dapatkan bukti pembayaran daripada pembeli.
  9. Serahkan bukti kepada agensi dan minta pengeluaran resit rasmi.
  10. Minta salinan IC pembeli untuk penyediaan SPA.
  11. Berjumpa pemilik untuk tandatangan OTP/MOS dan ambil salinan IC pemilik.
  12. Pastikan pemilik faham dan initial di setiap perenggan.
  13. Tekankan syarat: Jika pemilik yang membatalkan jualan, pemilik dikenakan ganti rugi 2 kali ganda bayaran earnest deposit.

Muka Surat 21: Skop Kerja REN (Langkah 7: Permohonan Pinjaman)

Dokumen Peminjam Bergaji:

Dokumen Peminjam Bekerja Sendiri:

Hantar dokumen bersama OTP/MOS dan salinan SPA/Geran lama kepada pegawai bank. Buat susulan sehingga pinjaman diluluskan dalam tempoh 21 hari dan surat tawaran pinjaman (Letter Offer) ditandatangani.

Muka Surat 22: Harga Hartanah (3 Jenis Harga)

1. HARGA PERMINTAAN (ASKING PRICE)

Wujud untuk pasaran sub-sale ("second hand"). Ia adalah harga jualan yang ditetapkan oleh pemilik. Bagi hartanah baru daripada pemaju, istilah asking price tidak wujud kerana ia ditetapkan terus sebagai Harga Jualan. Boleh jadi sama atau lebih tinggi daripada Nilai Pasaran.

2. HARGA JUALAN (SELLING PRICE)

Harga transaksi sebenar yang dipersetujui oleh pembeli dan penjual serta dimaktubkan di dalam SPA. Menjadi rujukan kelulusan pinjaman bank. Jika dipersetujui lebih tinggi daripada harga pasaran, pembeli perlu menambah tunai sendiri bagi menampung perbezaan.

3. NILAI PASARAN (MARKET VALUE)

Ditentukan oleh Penilai Hartanah Bertauliah melalui laporan penilaian rasmi. Menjadi asas utama yang dirujuk oleh pihak bank untuk meluluskan peratusan pinjaman pembiayaan perumahan.

Muka Surat 23: Skop Kerja REN (Langkah 8: Penyediaan SPA)

  1. Serahkan kepada peguam: Salinan IC pemilik, salinan IC pembeli, borang OTP/MOS yang lengkap, salinan SPA lama, salinan geran lama, dan resit cukai pintu/tanah.
  2. Buat susulan berterusan dengan peguam mengenai penyediaan draf SPA.
  3. Syarat Wajib: Pastikan pinjaman telah diluluskan dan Letter Offer telah ditandatangani SEBELUM kedua-dua pihak menandatangani SPA.
  4. Pastikan SPA ditandatangani dalam tempoh 21 hari bekerja seperti dalam OTP/MOS.

Muka Surat 24: Skop Kerja REN (Langkah 9: Dapatkan Komisen Dari Agensi)

Setelah SPA ditandatangani dan dimatikan setem (stamped), kemukakan borang tuntutan komisen kepada agensi anda.

Checklist Dokumen Tuntutan Komisen Ejen (Jadual Semak Penuh)

No. Dokumen Tuntutan Jualan (For Sale) Dokumen Tuntutan Sewaan (For Rent)
1IC OWNERIC OWNER
2IC BUYERIC TENANT
3OLD S&P / COPY OF TITLE (related pages)OLD S&P / ANNUAL RENT STATEMENT
4AUTHORISE TO SELL (original set & signed)AUTHORISE TO RENT (original set & signed)
5MEMORANDUM OF SALE (original set & signed)AGREEMENT TO RENT (original set & signed)
6PROOF OF PAYMENT (bank-in slip / chq)PROOF OF PAYMENT (bank-in slip / chq)
7NEW S&P (full set & stamping)NEW TENANCY AGREEMENT (full set & stamping)
8CO-AGENCY LETTERCO-AGENCY LETTER
9CONFIRMATION BANK STATEMENT (fr. Acc dept)CONFIRMATION BANK STATEMENT (fr. Acc dept)

Muka Surat 25: Komunikasi Yang Berkesan Sebagai REN

Komunikasi adalah nadi kejayaan seorang REN dalam berurusan dengan pemilik, pembeli, rakan ejen, banker, peguam, dan jurunilai.

Maklumat Wajib Dari Pemilik:

Alamat rumah, jenis rumah, renovasi, keluasan, tenure (Freehold/Leasehold), bilangan bilik/bilik air, serta harga tawaran (Asking Price).

Maklumat & Saringan Pembeli:

Personal Branding REN

Hebahkan kerjaya anda secara profesional mengikut akta perundangan melalui: Facebook, Instagram, Masyarakat, Pemaju Hartanah, Website, Forum, WhatsApp Group, serta rujukan kawan-kawan dan ahli keluarga.

Muka Surat 26: Gaya Komunikasi Manusia: VAK

Muka Surat 27: Proses Pindah Milik Hartanah

1. Carta Alir Hartanah Freehold:

  1. Bayar 3.18% earnest deposit kepada akaun agensi.
  2. Tempoh 21 hari: Kelulusan pinjaman, tandatangan SPA, bayar baki 6.82% melalui peguam.
  3. Tempoh 90 hari dari tarikh SPA: Bayar 90% baki jualan melalui bank / tunai.
  4. Grace Period 30 hari: Sekiranya lewat selepas 90 hari, diberikan lanjutan 30 hari dengan caj faedah 8% setahun dikira harian.
  5. Penyerahan Kunci: Setelah penjual menerima 100% baki jualan.

2. Carta Alir Hartanah Leasehold:

  1. Bayar 3.18% deposit pendahuluan kepada agensi.
  2. Tempoh 21 hari: Kelulusan pinjaman, tandatangan SPA, bayar baki 6.82% kepada peguam.
  3. Permohonan Consent: Peguam memohon kebenaran pindah milik (Consent) di Pejabat Tanah Negeri.
  4. Apabila Consent Lulus: Tempoh 90 hari untuk menyelesaikan baki 90% hanya bermula selepas surat kebenaran diterima.
  5. Penyelesaian 90% baki dalam tempoh 90 hari.
  6. Grace period 30 hari (jika perlu dengan caj faedah 8%) diikuti penyerahan kunci rumah.

Muka Surat 28 & 29: Formula Kiraan Ansuran & DSR

1. Formula Pantas 'Rule of 200'

Kiraan kasar ansuran bulanan (pinjaman 35 tahun, kadar faedah 4-5%):
Ansuran Bulanan = Jumlah Pinjaman / 200
Contoh: Pinjaman RM300,000 / 200 = RM1,500 sebulan.

2. Formula DSR (Debt Service Ratio)

DSR = [(Hutang CCRIS + Ansuran Rumah Baru) / Gaji Bersih] x 100

Kajian Kes Ali: Gaji Bersih RM5,000. Hutang kereta (RM400) + Personal Loan (RM450) + Kad Kredit (RM400) + ASB Loan (RM400) + PTPTN (RM100) + Ansuran Rumah Baru (RM1,500) = RM3,250. DSR = (RM3,250 / RM5,000) x 100 = 65%.

Kalkulator Interaktif DSR & Rule of 200

Mengira...

Had Kelayakan Ansuran Mengikut Buffer DSR (M/S 29)

Panduan had maksima DSR bank: Gaji RM2,000 (50%-60%); Gaji RM10,000 (sehingga 80%); Garis panduan umum ialah 70%.

Contoh Kiraan Buffer: Gaji RM4,000. Komitmen sedia ada 51.25%. Baki buffer: 70% - 51.25% = 18.75%.
Had Ansuran: 18.75% x RM4,000 = RM750/bulan.
Had Pinjaman (Rule of 200): RM750 x 200 = RM150,000.
Harga Rumah Maksima (Pinjaman 90%): RM150,000 / 0.90 = RM166,666.

Nota Sara Hidup: Sesetengah bank menetapkan syarat baki bersih (Net Disposable Income) RM1,000 - RM1,500 selepas menolak komitmen pinjaman.

Muka Surat 30 & 31: Perbandingan Hak Milik Hartanah

Leasehold vs Freehold (M/S 30)

Pegangan Pajakan (Leasehold) Pegangan Kekal (Freehold)
Tanah milik kerajaan negeri yang dipajak (biasanya 99 tahun).Tanah dimiliki oleh pemilik hartanah.
Pada akhir tempoh, pemilik wajib bayar premium untuk sambung pajakan.Pemilikan adalah kekal selama-lamanya.
Memerlukan kelulusan persetujuan kerajaan negeri (Consent) di Pejabat Tanah.Tidak memerlukan consent kerajaan negeri untuk pindah milik (kecuali syarat khas).
Bank enggan membiayai jika baki pajakan kurang daripada 30 tahun.Tiada had kekangan tempoh pinjaman.

Master Title vs Strata / Individual Title (M/S 31)

Master Title Strata / Individual Title
Pemaju pemilik sah berdaftar. Guna Deed of Assignment (DOA) di Mahkamah Tinggi.Pembeli pemilik sah berdaftar. Guna Borang MOT (Borang 14A) di Pejabat Tanah.
Memerlukan rantaian dokumen SPA dan DOA terdahulu untuk buktikan hak milik.Nama atas geran sudah mencukupi sebagai bukti pemilikan sah.
Sesetengah bank tidak lagi membiayai jika masih Master Title melebihi 10 tahun siap.Tiada sebarang isu dalam pembiayaan bank.

Muka Surat 32 & 33: Soal Jawab Hak Milik Strata

Direct Transfer (M/S 32)

Situasi: Strata telah keluar tetapi masih atas nama pemaju dan pemaju membenarkan Direct Transfer.

Peguam menyediakan Borang Pindah Milik 14A terus daripada Pemaju → Pembeli Baharu tanpa perlu menukar nama penjual terlebih dahulu. Tempoh 3 bulan bermula dari tarikh pemaju menandatangani Borang 14A (Freehold) atau dari tarikh kelulusan consent pejabat tanah (Leasehold).

Double Transfer (M/S 33)

Situasi: Strata telah keluar tetapi pemaju TIDAK MEMBENARKAN Direct Transfer.

Penjual wajib selesaikan Penyempurnaan Pindahmilik (Perfection of Transfer) dan Penyempurnaan Gadaian (Perfection of Charge) terlebih dahulu. Proses ini mengambil masa sekitar 3 bulan. Tempoh 3 bulan pembeli melunaskan baki hanya bermula SELEPAS geran strata rasmi diendos atas nama penjual.

Muka Surat 34 & 35: Skala Bayaran Guaman & Duti Setem

Fi Guaman Profesional SPA (SRO 2023)

Nilaian HartanahPeratus Fi
RM500,000 pertama1.25% (Minima RM500)
RM7,000,000 berikutnya (RM500,001 - RM7.5J)1.00%
Melebihi RM7.5 jutaRundingan (maksima 1% atas lebihan)

Duti Setem Ad Valorem SPA (Akta Setem 1949)

Nilai TeradjudikasiKadar Duti
RM100,000 pertama1.0%
RM100,001 hingga RM500,0002.0%
RM500,001 hingga RM1,000,0003.0%
Melebihi RM1,000,0004.0%

Fi Guaman & Duti Setem Pinjaman (M/S 35)

Fi guaman pinjaman mengikut jadual SRO 2023 yang sama (1.25% pertama; 1.00% seterusnya). Duti setem pinjaman ialah 0.5% daripada keseluruhan nilai pembiayaan. Anggaran kos *Disbursement Fee* peguam ialah antara RM1,000.00 hingga RM2,500.00.

Nota Pengecualian i-MILIKI: Pengecualian 100% duti setem untuk rumah pertama hingga RM500,000 dan pengecualian 50% untuk rumah RM500,001 - RM1,000,000 bagi SPA 1 Jun 2022 hingga Disember 2023. Maklumat pindaan setakat Disember 2025.

Kalkulator Interaktif Kos Guaman & Duti Setem SPA

Mengira...

Muka Surat 36: Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT / CKHT)

Cukai ke atas keuntungan bersih selepas pelupusan hartanah. (Mulai 1 Januari 2022):

Tempoh Pelupusan Individu (Warganegara & PR) Syarikat Tempatan Bukan Warganegara
Tahun 1 hingga 330%30%30%
Tahun 420%20%30%
Tahun 515%15%30%
Tahun 6 dan seterusnya0% (Bebas Cukai)10%10%

Kos Tolakan Sah:

Duti setem, yuran guaman beli/jual, komisen ejen, bayaran juruukur/penilai, kos iklan serta renovasi kekal. Terdapat pengecualian khas RM10,000 atau 10% daripada nilai keuntungan bagi individu.

Muka Surat 37: Pengeluaran Wang Simpanan Pekerja (KWSP Akaun 2)

Kategori BelianKelayakan Amaun Pengeluaran Maksima
Belian IndividuPerbezaan harga rumah dengan pinjaman + 10% harga rumah ATAU semua baki Akaun 2 (yang mana lebih rendah, min RM500).
Belian BersamaPerbezaan harga rumah dengan pinjaman + 10% harga rumah ATAU semua baki Akaun 2 masing-masing (yang mana lebih rendah, min RM500).
Pinjaman 100%10% daripada harga rumah ATAU semua baki Akaun 2 (yang mana lebih rendah, min RM500).
Belian TunaiHarga rumah + 10% harga rumah ATAU semua simpanan dalam Akaun 2 (yang mana lebih rendah, min RM500).

Muka Surat 38: Tangga Kerjaya Sebagai Ejen Hartanah

1. REAL ESTATE NEGOTIATOR (REN)

Hadiri Kursus NCC (2 hari) di bawah institusi berdaftar LPPEH, lulus ujian, bernaung di bawah agensi berdaftar untuk pendaftaran ID dan Tag Kuasa REN.

2. PROBATIONARY REAL ESTATE AGENT (PEA)

Lulusan Ijazah/Diploma/Sijil berkaitan penilaian dari IPT diiktiraf (UiTM, UTM, UM, INSPEN). Latihan praktikal 1-2 tahun, siapkan Work Diary dan 2 Tugasan Amali (Practical Tasks). Lulus temuduga Test of Professional Competence (TPC) bersama LPPEH dan dapatkan ATPEA.

3. REAL ESTATE AGENT (REA)

Lesen penuh agensi. Boleh buka agensi milikan tunggal E(3), perkongsian E(2) atau syarikat Sdn. Bhd. E(1) dan layak menguruskan sehingga maksimum 50 orang REN.

Muka Surat 39: Bagaimana Nak Jadi REN Terbaik?

6 Tiang Utama Sikap REN Terbaik:

Soalan Muhasabah Diri:

JAWAPAN ADA PADA DIRI KITA

Muka Surat 40 & 41: Formula Jana RM10,000 Dalam Masa 60 Hari

Tandakan tindakan harian anda menggunakan senarai semak interaktif ini:

1. Latihan Agensi: Hadiri semua program latihan yang diadakan dan fahami skop pasaran.
2. 1 Hari 1 Listing Baru: Dapatkan 1 listing terus pemilik setiap hari (30 Hari = 30 Listing).
3. 1 Hari 1 CoA Listing: Dapatkan 1 listing bersama rakan agensi setiap hari (30 Hari = 30 CoA).
4. 5 Projek Under-Construction: Fahami USP dan iklankan 5 projek pemasaran baru.
5. Daftar 7 Portal Iklan: Mudah.my (kredit minima RM50), Carousell, Durian Property, Facebook Marketplace, Propsocial, Starproperty, Propwall.
6. Facebook Page & Komuniti: Hasilkan page rasmi dan buat cross-sharing ke group komuniti tempatan.
7. Bina Power Team: Tubuhkan pasukan 3 hingga 5 orang rakan REN yang mempunyai misi yang sama.